Wednesday, June 11, 2014

Design Niqab Arab dari Yaman

Assalamualaikum..

Ada design Niqab yang saya nak tempah dari Yaman. Kalau berminat, boleh berhubung di talian +60148484749





Wednesday, June 26, 2013

Niqab / purdah arab dari Yaman

Assalamualaikum.
.kepada sesiapa yang berkenan nak beli niqab atau purdah arab ni..
bleh la contact saya..

emelkan pesanan anda ke fidhlumtant87@gmail.com

hehehe..selamat membeli..:)




















Tuesday, June 4, 2013

Assalamualaikum semua..

hehe.dah lama tak update blog ni.sekarang saya terfikir nak tulis novel.mungkin tulis sikit-sikit, kemudian post kat sini setiap chapter.ok gak kan. :)

nak kena fikir dulu tema dan watak-watak.jalan cerita macam mana.nak kena perah otak jugak tu.hehe

ok.nak cuba untuk tulis.tunggu dalam seminggu ya.inshaAllah akan siap chapter pertama..:)

Wednesday, June 15, 2011

Ayahku Berharap Aku Menjadi Orang Hebat

Haji IBRAHIM B. Haji ALI...ini nama ayah saya.Andai ditanya siapa hero saya.,,saya akan jawab nama ini.Walau beribu kali ditanya, saya akan jawab nama ini jugak.nak tahu kenapa...hehe..
Ayah saya pernah menghantar saya ke pusat jagaan kanak-kanak masa kecil dulu.Ayah saya juga pernah hantar saya ke rumah nenek saya masa saya berumur 6 tahun dulu.Saya juga kadang-kadang terfikir kenapa ayah saya menghantar saya ke tempat yang akan membuatkan saya semakin jauh dengan keluarga saya.Kenapa??Dia cuma berharap saya akan menjadi seorang yang amat berdikari.Dan menjadi lebih bermasyarakat.Dan lebih menyayangi orang yang lebih tua.Alhamdulillah rupanya ayah saya sebenarnya tidak membuang saya..bahkan menyayangi saya..
Saya bersekolah di sekolah rendah bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia hanya setakat tahun 5 sahaja.Selepas itu, saya dihantar ke madrasah tahfiz untuk menghafal al-Quran sehingga umur saya 14 tahun.Saya pernah terfikir kenapa saya tak ikut jalur macam orang lain je, terus dengan pendidikan di sekolah menengah...kalau nak saya hafal Quran pun..lepas habis sekolah menengah pun tak mengapa.Kenapa nak saya ketinggalan dalam pelajaran??Bila saya melangkah ke alam universiti, barulah saya melihat betapa pentingnya hafalan saya diasah waktu saya kecil lagi...memang sangat beruntung.
Selepas habis belajar di Maahad Tahfiz pada umur saya 20 tahun, pada mulanya saya melihat peluang saya di Mesir atau Syria.Tapi akhirnya saya memilih Yaman sebagai destinasi seterusnya atas dorongan ayah saya.Pada mulanya, saya hanya mengikut saja dorongan ini kerana saya fikir mungkin tempat ini sangat hebat.Sampai di Yaman saya mengakui firasat ayah saya sangat hebat...memang di Yaman adalah salah satu tempat yang sangat hebat untuk meneruskan pengajian di bidang Pengajian Islam.
Selepas semua proses ini berlaku....saya masih tidak dapat meneruskan legasi hebat yang ayah saya fikirkan..saya sangat mengecewakan ayah saya...saya masih terpaku sebagai seorang yang sangat tidak mementingkan kehidupan saya sebagai seorang muslim yang baik...segala usaha telah diperahkan..idea dan duit...tapi saya ke mana...masih berfalsafah sorang-sorang..tanpa bertindak apa-apa...
Ahir kata..saya amat berterima kasih di atas segala usaha dan keringat yang telah dicurahkan...Insya Allah saya akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini..TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...

Wednesday, May 18, 2011

Dunia Facebook...

Di kesempatan ini saya nak ceritakan serba sedikit kesan facebook di kalangan umat manusia di Malaysia.Rakyat Malaysia adalah antara yang paling ramai di Asia Tenggara.Sekarang ini Malaysia berada di ranking yang ke-3 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina.sangat ramai kan..
Kelompok yang paling ramai guna facebook ialah remaja umur 18-24.Perlu diambil perhatian, golongan ini sangat terdedah dengan kemudahan ICT menjadikan antara golongan yang sangat berpemikiran terbuka.Mereka adalah pemimpin masa depan negara.Andai mereka menggunakan perkhidmatan internet dengan betul adalah sangat menguntungkan negara, tapi andaikata sebaliknya....tunggu dan lihat saja...
Di sini saya kongsikan sedikit laporan dari laman web facebakers tentang kepenggunaan facebook mengikut umur...
Tahukah anda pengguna facebook LELAKI lebih ramai dari pengguna facebook PEREMPUAN di Malaysia..Ini menunjukkan lelaki lebih banyak membuang masa mereka dengan facebook dari perempuan..


Sekian info kali ini..

Wednesday, January 5, 2011

Tahun baru 2011 tiba...

Salam semua...
Dah lame tak update blog...
tup tap..tu tap..Sekarang dah masuk tahun 2011.Semoga tahun baru ni memberi seribu sinaran baru dalam hidup..
Makin hari makin tua.Sekarang dah meningkat umurku dari 23 ke 24...
Apa yang aku dah buat sepanjang 23 tahun ni, muhasabah diri je la....

p/s : buat yang terbaik untuk diri sendiri dan semua orang.

Sunday, October 18, 2009

Jangan Tertekan!!

Andai pernah berkawan dengan mereka yang lebih hebat dari kita...usah tertekan...tapi kuatkan cabaran dan berdoa semoga kita boleh pergi lebih jauh dari itu....

Jadikannya inspirasi buat kita untuk berjaya....pandanglah diri sendiri dengan penuh motivasi dan harapan....semoga kita mampu membina satu kejayaan...

Sebenarnya kita mempunyai potensi untuk menjadi orang yang berjaya...hanya satu langkah saja kita mampu untuk menggapai kejayaan itu...menjadi orang yang boleh melakukan apa saja...

Hanya keyakinan dan kesungguhan akan membentuk kita menjadi orang yang mampu melakukan apa saja...

Jangan bersedih di kala orang lain berjaya mencapai apa yang diimpikannya...sebab sebenarnya kita tidak berjaya...hanya disebabkan kita tidak melakukan apa- apa yang sepatutnya dibuat untuk kejayaan itu...

Jangan memandang kecacatan yang ada pada kita sebagai kekurangan..tapi lihatlah ianya sebagai cabaran kepada kita untuk berjaya...berjaya dalam kehidupan yang lebih mencabar...

Jangan memandang kekurangan yang ada pada kita itu satu halangan untuk berjaya...tapi anggaplah ianya sebagai titik tolak untuk kita berjaya...

Katakan pada diri sendiri "aku yakin aku boleh".....

Kalau diejek jangan diambil pusing dengan negatif...tapi ambilnya sebagai motivasi untuk terus berjaya..dan terus berjaya....

Carilah kekuatan untuk berjaya...anda pasti akan menemui...

Carilah mutiara berharga dalam diri...itulah permulaan untuk kejayaan...

Usah berhenti di pertengahan jalan...

teruskan...

dan teruskan..

Jangan mencari noktah perjuangan...teruskan sehingga akhirnya...kerana di situ pasti akan ketemui manisnya usaha...dan manisnya kejayaan yang dihasilkan bersama dengan usaha...

Sekian entri kali ini....

p/s : luahan rasa diri yang amat tertekan....yang punya masalah rendah diri...