Sunday, October 18, 2009

Jangan Tertekan!!

Andai pernah berkawan dengan mereka yang lebih hebat dari kita...usah tertekan...tapi kuatkan cabaran dan berdoa semoga kita boleh pergi lebih jauh dari itu....

Jadikannya inspirasi buat kita untuk berjaya....pandanglah diri sendiri dengan penuh motivasi dan harapan....semoga kita mampu membina satu kejayaan...

Sebenarnya kita mempunyai potensi untuk menjadi orang yang berjaya...hanya satu langkah saja kita mampu untuk menggapai kejayaan itu...menjadi orang yang boleh melakukan apa saja...

Hanya keyakinan dan kesungguhan akan membentuk kita menjadi orang yang mampu melakukan apa saja...

Jangan bersedih di kala orang lain berjaya mencapai apa yang diimpikannya...sebab sebenarnya kita tidak berjaya...hanya disebabkan kita tidak melakukan apa- apa yang sepatutnya dibuat untuk kejayaan itu...

Jangan memandang kecacatan yang ada pada kita sebagai kekurangan..tapi lihatlah ianya sebagai cabaran kepada kita untuk berjaya...berjaya dalam kehidupan yang lebih mencabar...

Jangan memandang kekurangan yang ada pada kita itu satu halangan untuk berjaya...tapi anggaplah ianya sebagai titik tolak untuk kita berjaya...

Katakan pada diri sendiri "aku yakin aku boleh".....

Kalau diejek jangan diambil pusing dengan negatif...tapi ambilnya sebagai motivasi untuk terus berjaya..dan terus berjaya....

Carilah kekuatan untuk berjaya...anda pasti akan menemui...

Carilah mutiara berharga dalam diri...itulah permulaan untuk kejayaan...

Usah berhenti di pertengahan jalan...

teruskan...

dan teruskan..

Jangan mencari noktah perjuangan...teruskan sehingga akhirnya...kerana di situ pasti akan ketemui manisnya usaha...dan manisnya kejayaan yang dihasilkan bersama dengan usaha...

Sekian entri kali ini....

p/s : luahan rasa diri yang amat tertekan....yang punya masalah rendah diri...

No comments: