Saturday, October 10, 2009

Berlalu Ramadhan..Syawal Menjelma....

Salam lebaran semua..

Maaf terlalu lewat untuk mengucapkan salam aidilfitri di blog ini...

Ramadhan kali ini penuh makna...akhirnya saya pulang juga ke tanah air untuk bertemu ummi dan ayah tercinta...dan juga ahli keluarga yang lain.

Bertemu para ustaz dan adik- adik junior di Institut Al- Quran Negeri Terengganu ( dulunya Maahad Tahfiz Al- Quran Negeri Terengganu) meninggalkan bekas yang mendalam di hati untuk mencorakkan dunia ilmu di bumi iman ini dengan lebih berkesan.

Masih saya teringat kata- kata pesanan ayah bekas presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) Ust Zulkhairi kepada saya ketika menziarahi rumah beliau sempena aidilfitri baru- baru ini, "orang muda kat Terengganu semangatnya lemah, harap awak kuatkan semangat..belajar elok-elok...nanti khidmat dengan rakyat Terengganu,".

Bukan setakat itu tapi ditambah "ramai anak Terengganu mengaji tinggi- tinggi kat luar negara tapi akhirnya berkhidmat di luar negeri Terengganu,"...

Terdiam sekejap...memang tak boleh nak kata apa...memang lepasan pengajian agama Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang berat seperti ini...

Kadang- kadang tu..saya terfikir mengapa saya memilih laluan ini...jalan ini...jalan yang terlalu berat untuk dipikul....

Kenapa?Mengapa?Apa tindakan yang sepatutnya saya lakukan untuk menyempurnakannya...

Semuanya terlalu cepat..akhirnya bidang ini juga telah ditentukan untuk saya...

Ramadhan dan Syawal kali ini datang dengan 1001 makna dan persoalan untuk saya....

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini...
Andaiku tersilap langkah,Kau tunjukilah jalan yang betul...

Sekian entri kali ini.....


No comments: