Thursday, November 20, 2008

Ku Kembali Pada Mu...Ya Allah..



Tanggal 17 Ramadhan berangkatlah aku ke Tanah Suci Mekah....bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a di Yaman pada waktu malam.Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang bersama di Lapangan Terbang sebelum check-in.


Sampai di Jeddah, terus ambil teksi untuk ke Mekah dengan harga 50 riyal saudi.Itu pun lepas penat tawar menawar dengan pak arab.


Sampai di Mekah terus ke tempat yang telah dijanji iaitu Dar Tawhid.Tak lama selepas itu, pergi beli simkad mobily dengan harga 100 riyal saudi.Alhamdulillah,akhirnya bertemu juga Solihin dan Ikram setelah penat menunggu.





Selesai solat subuh kami menuju Bukit Ajyad di mana saya akan tinggal di sana.Kami terus di Bukit Ajyad sehinggalah azan waktu isyak berkumandang di ruang angkasa Tanah Suci Mekah.Selesai solat isyak di Masjidil Haram, saya terus saja ke Kaabah untuk menunaikan rukun kedua umrah iaitu tawaf.



Akhirnya selepas 1 jam selesai sudah umrah.Alhamdulillah selesai sudah umrah yang disangka susah selama ini.Bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kekuatan kepadaku.Semoga umrah ini diterima Allah.





Terasa bagai hilang segala dosa.Terimalah hambaMu ini sebagai tetamu Baitullah Al-HaramMu Ramadhan kali ini.Semoga kali ini menjadi satu titik permulaan untukku kembali padaMu.



Sekian untuk entri kali ini.



Wassalam.

No comments: