Thursday, January 1, 2009

Penuhkan Dunia Dengan Senyuman


Senyum tanda mesra...

Senyum tanda sayang.....

Senyumlah semua kerana Allah...kerana itulah yang paling ikhlas dari hati yang suci.Penuhkan dunia dengan kegembiraan.Agama Islam bukanlah dibina untuk bermasam muka tapi untuk saling berkasih sayang sesama insan, sesama makhluk.


"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya."
(Surah Al-Fath : 29)


Allah telah meneguhkan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W dengan kasih sayang.Lihatlah perbandingan yang Allah telah firmankan dalam ayat tadi.Terbayangkah anda persaudaraan di antara Ansar dan Muhajirin di kala itu....memang amat jauh dengan kita pada hari ini.

Terbayang satu ketika...

Perang Jamal dan Siffin berlaku....

Tahukah anda siapa yang merosakkan hubungan di antara sahabat-sahabat r.a ini.Inilah kaum yang dengki dengan persaudaraan sahabat-sahabat r.a.Berhati-hatilah dengan kaum ini.


Tatkala dua gerombolan tentera itu telah bertemu di medan Siffin, sahabat-sahabat r.a ini masih mampu untuk menekan butang 'PAUSE'...ini adalah kerana kesan kasih sayang yang telah dipupuk sekian lama.....

Apa yang boleh menggembirakan hati dengan kasih sayang adalah senyuman dan tutur kata yang menunjukkan kasih sayang kita dengan seseorang yang lain, bukannya dengan meninggikan suara sehingga menyakitkan hati.. bermasam muka... berprasangka... menunjuk-nunjuk dengan harta yang ada... mengejek... mengumpat... memperkecilkan orang lain.


Itulah hikmahnya Allah mengharamkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan orang lain.Hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhlukNya.Allah mengharamkan perkara-perkara yang tidak elok untuk hubungan sesama manusia adalah untuk merealisasikan dunia yang penuh kedamaian..


tanpa hasad dengki...


tanpa rasa hina dan kerdil....


tanpa permusuhan....


Senyumlah walau hatimu terluka.Walau sebesar mana dugaan legakan ia dengan senyuman.Tunjukkan ketabahan kita menghadapinya dengan penuh senyuman.Semoga Allah membalasnya dengan syurga yang manis itu.


Sekian entri kali ini.


p/s: kata orang terengganu 'senyum sokmo'

1 comment:

Anonymous said...

patut la zuu selalu senyum yer..... ;))